CHAPTER 6: DEGREE LIFE PART 5 SEM 4
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya dah lama rasa tak tulis blog panjang panjang, sampai macam taktau nak tulis apa :3
Dalam post kalini, just nak cerita tentang journey year 2 dental sem 4.
Untuk sem 4 ni, kitorang kena buat partial denture untuk subject Prosthodontics. Prosthodontics ni dia specialised kepada gigi palsu, implants, crown, bridges, mata palsu pun ada. Partial denture ni gigi palsu yang gantikan beberapa gigi yang takde dalam satu rahang, bukan untuk ganti semua gigi. Contohnya, kalau sorang tu takde lima gigi dari 14 gigi yng utama untuk satu rahang tu, jadi denture ni akan gantikan lima gigi yang takde tu. Nah kat bawah ni gambar perbezaan full denture dengan partial denture.
source: Google |
Untuk subject Conservative Dentistry pulak, kitorang kena buat practical RCT (Root Canal Treatment) atau rawatan akar. Subject Cons ni ajar tentang tampalan, rawatan akar, cara nak diagnose sakit gigi. Hahahaha macam tu lah. Jadi kitorang kena buat praktikal rawatan akar untuk gigi incisor atau orang panggil gigi kacip. Rawatan akar ni lebih mahal berbanding tampalan, and lagi banyak prosedur yang terlibat. Kena ambik X-ray semua tu. Nanti sebelum start klinik, akan ada competency test; untuk tampalan, rawatan akar and banyak lagi lah sebelum masuk klinik tu. Sebab nak tau kita competent tak nak treat patient.
Untuk FPg USIM, Year 2 akan handle satu dinner untuk raikan pelajar Year 5 (pelajar tahun akhir). Tema kitorang buat untuk dinner tu macam Zaman Kesultanan Melayu gitteww. Memang batch ni tak lari eh dengan Melayu, waktu Tahun 1, buat Magika hihi. Waktu tu ditugaskan jadi ajk hiasan and dapat hias pentas. Teruja sebab first time ;D
Alhamdulillah, dinner tu berjalan dengan lancar. Waktu dinner tu ada banyak persembahan dari students, lecturers. Best la and menarik. Oh, and ada tukar-tukar hadiah jugak. Setiap kali dinner, mesti akan mintak accessories dari Lovisa, hehe nacib baik dapat. Alhamdulillah <3
And benda paling seronok sekali is dapat join hiking Gua Gajah kat Taman Negara Pahang. Tapi dalam gua tu takde gajah pun kelawar je banyak. Yang seronok tu bila part dengan kawan-kawan la, scenery cantik, makan sedap. Kat sana, line tak dapat, so memang banyak masa habiskan dengan main games, cards. Tapi best sangat kat sana. Taknak explain banyak banyak, nak tunjuk gambar je. And kat sini jugak dapat pegang ikan kelah, ambik gambar sekali. SkEk. Dapat mandi air terjun jugak hehe.
Untuk subject Periodontology pulak, kitorang ada practical scaling. Kena scaling partner masing-masing. Best la waktu ni and rasa seronok sebab macam first time la buat kat manusia, selama ni dok buat kat patung dummy kat lab tu je. Muehehehe.
Perletakan jawatan sebagai Setiausaha DSC 2018/2019. Thank you semua yang banyak tunjuk ajar: Dr, staff pejabat, MT, seniors and kawan-kawan.
Hehe, tu je kot untuk post kalini. Bye :)
UwU 😍
ReplyDelete🥰
Delete