BUKIT KETUMBAR HIKE, CHERAS
Bismilahirahmanirahim,
Assalamualaikum semua, harini nak share tentang hiking 1 Month 1 Rehlah by Ikram Setiawangsa kat Bukit Ketumbar, Cheras.
22 October 2017
Kami start berkumpul pukul 7.45 pagi and 8.30 pagi tu dah start daki. Dekat kaki Bukit tu, ada satu family Chinese ni jual fresh fruits ( huhu nenas ๐ dia sedap ileeeee ) and kita boleh request nak juice apa. Kami pi hiking 5 orang ( Sarah, Wawa, Ainin, Ninah and Nisa exc Wanie sebab dia balik ). Pergi sana naik uber je from Glenview.
Scenery before sampai puncak :
Sampai je puncak, kiterang terkejutttt sangat takut semua ada banyak gila Babi hutan ๐ญ. Tapi yang ni tak ganas, jumpak siap ajak main ๐
Apa yang menarik kat puncak sebenarnya ada macam gym and barang- barang semua from nature. Tapi bila banyak sangat oink oink ๐ท tu tak jadi haaa nak main.
Bro Lado memberikan pengisian berdasarkan hadis riwayat Ibnu Umar R.A, Rasulullah s.a.w bersabda (cerita dalam hadis ini bukanlah sepatah-sepatah kata2 daripada Rasulullah tetapi konteks dan pengajaran daripada hadis adalah sahih):
Ada 3 orang pemuda yang sedang berjalan-jalan/bermusafir, lalu ditakdirkan Allah hujan yang sangat lebat turun.
Mereka berlindung dibawah sebuah gua. Tiba-tiba satu batu besar jatuh dan menutupi pintu gua.
Salah seorang daripada pemuda itu mengatakan, marilah kita menceritakan amalan yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dan berdoalah agar batu itu diangkat dengan menyebutkan amalan-amalan terbabit.
Lelaki pertama menceritakan bahawa dia mempunyai binatang ternakan, anak-anak, isteri dan ibu bapa. Lelaki itu selalu mendahulukan ibu-bapanya dalam setiap perkara. Satu hari, lelaki itu keluar mencari makanan untuk binatang ternakannya dan pulang lewat malam. Apabila tiba di rumah, lelaki itu memerah susu binatang ternakannya dan menyedari yang ibu-bapanya sedang tidur. Anak-anaknya pula menangis kelaparan meminta susu daripada si Ayah. Tetapi, lelaki itu tidak berganjak dan menunggu sehingga ibu-bapanya bangun ketika terbit fajar dan memberikan mereka minum susu yang diperahnya. Setelah itu, barulah diberikan kepada anak-anaknya dan isterinya. Sampai begitu sekali, lelaki itu menghormati ibu-bapanya, lalu dia mendoakan agar batu tersebut terangkat jika Allah menerima amalannya itu untuk mendapat keredhaan Allah. Maka batu itu terangkat sedikit. Namun, masih tidak muat untuk keluar daripada gua.
Lelaki kedua pula menceritakan amalannya dimana dia sangat sukakan saudari perempuannya yang cantik lalu digodanya dan diajaknya untuk berzina. Saudari perempuannya meletakkan syarat seratus dinar (kerana berada dalam keadaan susah dalam riwayat yang lain). Selepas mengumpulkan seratus dinar dengan bekerja keras, lelaki itu mendatangi saudari perempuannya untuk berzina. Ketika hendak bersama, saudari perempuannya mengatakan: Bertakwalah kepada Allah. Lelaki itu sangat takut dengan perkataan tersebut lalu terus meninggalkan niat jahatnya. Sampai begitu sekali ketakwaan lelaki itu kepada Allah, lalu dia mendoakan agar batu itu terangkat jika Allah menerima amalannya untuk mendapat keredhaan Allah. Maka batu itu terangkat sedikit lagi. Namun, masih tidak muat untuk keluar dari gua.
Lelaki ketiga pula menceritakan amalannya dimana dia mempunyai seorang pekerja. Dia mengupah pekerjanya dengan benih padi. Satu hari, ketika hendak membayar gaji pekerjanya, pekerjanya tidak mahu akan upah tersebut lalu beredar dari situ. Lelaki itu menggunakan benih padi untuk membuat ladang padi. Lama-kelamaan, ladangnya bertambah dengan haiwan-haiwan serta para pengembala. Tiba-tiba, satu hari bekas pekerjanya datang kembali dan meminta haknya. Lelaki itu dengan selamba, memberikan semua ladang, haiwan-haiwan dan pengembala hasil daripada tanaman upah benih padi suatu ketika dahulu. Bekas pekerja itu berkata agar janganlah berjenaka, tetapi lelaki itu serius dan membenarkan bekas pekerja tersebut mengambil semuanya. Maka bekas pekerja terbabit mengambil semuanya dan tidak meninggalkan sedikitpun. Betapa hebatnya lelaki itu menjaga keberkatan harta, lalu dia mendoakan agar batu itu terangkat jika Allah menerima amalannya untuk mendapat keredhaan Allah. Maka batu itu terangkat sedikit lagi sehingga muat untuk ketiga-tiga pemuda untuk keluar daripada gua tersebut.
Di akhir perkongsiannya, Bro Lado menceritakan tentang pengalaman kisah benar seorang sister. Sister ini merupakan seorang yang sangat warak, memiliki pengetahuan agama yang tinggi dan giat melakukan kerja-kerja dakwah serta berada dalam jemaah. Satu hari, sister ini dilanda dengan satu kesusahan yang teramat sangat. Dia teringat akan hadis ini dan cuba memikirkan amalan-amalan yang boleh didoakan kepada Allah untuk mengangkat kesusahannya. Sister ini menceritakan bahawa dia tidak menjumpai satupun amalan yang dibuat betul-betul untuk mendapat keredhaan Allah.
Akh Lado menyambung dengan mengajak para hikers berfikir, dalam banyak amalan-amalan yang kita lakukan, tanya balik pada diri sendiri, "Adakah kita ini sekadar ikut-ikut orang, ikut-ikut kawan atau kita benar-benar mengharapkan keredhaan Allah?"
Yang bestnya join program camni sebab mesti ada selitkan unsur Islamic. Thank you wawa ajak ๐๐ป๐✨๐งก
Moga kita sama-sama berdoa agar amalan-amalan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah, biiznillah.
Ok ke hiking kt sini...
ReplyDeleteOk je cuma kena hati-hati skit :O
Delete