Chapter 1 : FIRST WEEK AS DENTAL STUDENT

Bismillahirahmanirahim,

Hey there :) since ramai request untuk buat entry kan, so here it goes.
WARNING : sooo many pictures and ayat takleh cover keterujaan = ="
*sesuai untuk junior kot :")

LOCATION : USIM NILAI

4 hari orientasi ( 5 Sept - 8 Sept 2017 ) kat nilai semuanya taklimat, transit kejap stay kat KK. Memang barai tiap masa sepanjang orientasi hmm :(

Shawl keluaran usim *insert suitable emoji*

5 Sept 2017 : Buat medical checkup then terus gi Pandan Indah.

LOCATION : GLENVIEW VILLA

Sampai sana, boleh pilih housemates. Jadi kami satu rumah 6 org just nice untuk 3 rooms. I got the master bedroom HEHEHE. Rumah kiterang tingkat bawah sekali and paling hujung lol. Lepas solat Zohor terus naik bas pergi bangunan MPAJ ( Bangunan Kuliah Medic ngan Dentist ). Ada explorace indoor ngan year 5, Malam Kebudayaan pulak ngan year 2. Memang best lah sebab takde taklimat hehehe. Opposite group ( seniors ) kena teka mana makanan kita makan sedap ke tak, tanya soalan agama ( Allahu ), carve sabun, teka gaya supaya sama kalau tak kena calit red liptick kat muka and macam macam lah. Malam kebudayaan kena berlakon ikut negara. Seniors memang supportive gils tak tahu nak cakap camna lol. Malam tu kami 6 orang tido kampung wawa kat Kampung Melayu Ampang. Sumpah cantikkk !!


Esoknya, naik uber bukan beshe beshe ( vellfire bhai ) sambil makan karipap homemade nenek wawa buat gi Masjid Nursaadah ada senamrobik ngan explorace ngan senior year 2. Kena pakai headphone kuat gils dentumnya teka kawan cakap apa, fear factor kena teka pegang apa : rupanya cacing yang gue picit picit tu urgh :) and banyak lagi.

Habis explorace, balik gv ( Glenview Villa ) jalan kaki je. Then, gi Giant dekat Menara A MPAJ beli barang rumah, makanan untuk breakfast, beli stationaries semua lah. RM5 kalau naik uber. Balik rumah tu pakcik makcik mak ayah semua datang sental rumah kiterang. Truly blessed eheheh. Yang tak tahan tu siap ada stalagmites kat syiling sebab bocor. Tapi yg lain semua okay, ada tv, banyak cermin, sofa, ampaian, dapur. Peti sejuk je takde, tapi overall okay lah gue suka banget :)

Malam tu family gue, family wawa, family wanie and nisa' makan malam sama sama, solat maghrib berjemaah, suka sangat. Ninah ngan ainin keluar so diorang tak join. Pastu banyak gila makanan lebih, bagi housemates mekyah pastu banyak lebih lagi bagi housemates najmi hehe hehe hehe.


Bas paling awal pukul 7.15 pagi, second 7.30 pagi and last 7.45 pagi. Kiterang berlari pagi isnin tu nasib baik blok kiterang ada shortcut lol. Ingatkan orang dalam bas tak nampak tapi rupanya jelas naww nampak kami lari, first day je dah lambat hmm. Bas petang pukul 6 petang tapi minggu first ni asyik balik naik uber je.

Belakang gv, ada dobi self service : RM6 basuh dengan sabun semua free + RM4 for dryer. ada kedai runcit, kedai mamak Al-Falah, and kedai makan  NENDA hipsturzzz ( tapi tak try lagi lah ). Kat depan gv, ada satu stall ni LIE MAJU, makan brunch dengan wawa, and sedap jugakk, plus pakcik tu bagi discount untuk air sebab kami students hehe. Lapar gila after swimming, cuma stall ni kena turun bukit skit lah.




Kiterang target nak mandi swimming pool tiap minggu ajajajaja. Mandi swimming pool pun boleh dengar tazkirah masjid usim sangat :)




Lupa nak bagi tahu, senior cakap view bilik boleh nampak KLCC tapi view bilik kiterang nampak KUBUR, ada hikmah la tu :) Rumah akak year 3 memang nampak jelas KLCC siap boleh tunggu  KLCC tutup lampu. Akak seniors year 3 buat sharing siap makan nasi ambeng dalam talam ngan aiskrim sesama. Taktahu nak cakap camna seniors kat sini memang baik lah. Waktu sharing dengan year 4 makan roti aiskrim siap hahaha. Buat solat jemaah sesama, main game macam macam lagi lah. Ada jugak seniors yang duduk penthouse 2 tingkat kencangzzz en. Bond budak dental memang kuat lah tak dapat dinafikan semua bantu-membantu each other.


Gv ni dekat dengan IKEA Cheras, MyTown ( ada KAISON, MPH omgggg ), Sunway Velocity and banyak lagi lah.



Kat blok B siap ada swimming pool, gym, mesin air and mesin junk foods ( teruja gegurl ). Malam malam kalau lapar Wawa akan masak maggi ngan telur guna rice cooker je,sebab kalau pakai gas kena denda RM500. Wanie siap google lagi cara nak masak guna rice cooker pastu tershare kat group kelas hahaha memang kena bahan la dengan budak laki. Rumah kiterang boleh tengok Tv9 je lol, and baru je pasang unifi package RM129 per month without HyppTv.



LOCATION : MENARA B MPAJ

Ni bangunan kuliah medic ngan dentist, memang betul weh ada pintu kat lobby tembus Giant asdfghjkl, hari hari kena tahan diri from shopping cute art supplies kat DIY. Hari first tu taklimat library apa semua then terus start kuliah. Tapi lecturer tak masuk so cam self study jela ( padahal taktahu nak study apa ).


First week ni belajar dental diseases and disorder : dental plaque, oral cancer, malocclusion and many more. Pastu belajar coding gigi, selama ni tertanya-tanya apa lah dentist cakap ni. Alhamdulillah sekarang dah paham susunan gigi, jenis gigi tapi cam gist la sebab minggu ni cam introduction lah. Yang paling seronok ada hafazan ( for this sem, 15 pages from juz 30 surah al-Buruj ), tafsir ilmi and foreigners yang jadi lecturers ( from Indonesia, Egyption+Turkish ). Kena tahulah pasal oral hygiene semua sebab nanti ada Community Service jumpa public semua. Haritu group sarah kena bentang demo interdental brush ngan miswa' kayu sugi. Sarah ambik part bentang interdental brush and the demo went well and Dr. Hanim nampak cam puas hati tapi she called me ' adik ' lol. Yakin jugak rasa waktu bentang tu sebab dah buat entry jugak pasal braces kan. Then, esok tu ada dental checkup,  all went well. Then, ada sesi gosok gigi berjemaah lepas kunyah tablet, so obvious la plaque semua kat brackets braces urgh. Semua selekeh and tak malu HAHAHA.


Ni ada satu app yang boleh bantu nak belajar nama gigi, boleh rotate ngan zoom untuk tengok structure gigi dengan ada quiz semua, tahu from BrittanyWatu, a Dental student and Vlogger from YouTube.


Ada jugak program mentor mentee, and Dr. Zalina ( a Pediatrician ) which is my mentor memang baik lah, belanja Dominos Pizza 4 kotak, bagi chocolate cake, air 7Up ngan Wanda Coffee. Sorang je first year and lain semua seniors, tapi semua baik belaka, tak lokek share ilmu ngan experiences :)

Alhamdulillah, gue ada try masuk pertandingan kempen 4S gubahan kata ( short essay ) and tak sangka dapat 1st place. Memang lupa langsung, dah lah tak pergi majlis penutup and thank you ada orang ambikkan :) Hadiah dia satu tupperware besar pastu banyak gila snacks, jelly and sweets dalam tu. 4S tu Sunnah, Sahsiah, Sukses dan Syurga. Ayuhlah sahut seruan Usim kampus barakah :)

That's all for now. Tolong doakan eh ada exam untuk dental diseases and diorder. Moga Allah mudahkan. Allah yuftah alaikum semua. Ingat Allah dah aturkan each one of us a beautiful jouney. Doa banyak banyak. Allah dengar, dengar semuanya. In sha Allah.

Assalamualaikum, moga jumpa lagi jika diizinkan Allah.
Semoga semua beroleh husnulkhotimah, al-Fatihah untuk anak-anak syurga.











Comments

Popular posts from this blog

INTERVIEW DENTISTRY USIM 2017

BRACES

INTERVIEW PINJAMAN NEGERI SELANGOR 2018