Chapter 0

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum, yeah so ramai tanya keputusan degree dapat mana kan? and i received lots of DMs from juniors of tamhidi dentistry :) They traced me from this blog :p

Alhamdulilllah i got dentistry in Usim KL ❤️

 
     


Finally tak sangka dapat #Misi35Kerusi :D
Sebenarnya sedih jugak and serba salah untuk kawan kawan seperjuangan yang tak continue sekali dengan kita but maybe rezeki diorang lagi baik dalam bidang lain. HAVE FAITH PEOPLE 1!

All praise to Allah, thank you parents, family, lecturers, teachers, classmates, housemates and friends. Yang selalu bagi semangat, doa. May good things come to you :)

Hari nak check result tu memang lah cuak tapi cam nak redha ngan tawakkal je. Allah tau apa yang terbaik untuk kita.

Still ingat apa abah cakap :

" Sebab hang tak sambung dentistry kat Jordan, in sha Allah hang dapat dentistry usim "

Kalau dulu waktu belajar kat mrsm, memang tak tepikir langsung nak belajar kat Msia. Memang score gils sebab nak belajar overseas, tapi itu lah janji Allah itu pasti. Kalau dah rezeki kita lebih baik kat sini, makanya semua akan jadi smooth je.

For juniors yang tanya tips belajar, akak score camna apa semua nah ni untuk korang, moga bermanfaat :

1. Dekatkan diri dengan Allah
 
Yang ni memang semua tahu. First thing first, dengan Pencipta kita sendiri. Yang bestnya kat usim ni, pagi pagi dalam bas budak budak semua baca Quran :) Yang ni memang qudwah hasanah betul lol. Lepas tu jangan liat buat solat tahajjud, hajat ngan taubat. Kalau hati kotor, camna nak serap ilmu hmm.. Quran jangan miss walaupun sehari ( peringatan bersama ). Jaga solat jangan lewat lewatkan. Zikir lepas solat after istighfar : Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar in sha allah murah rezeki.  Akak jugak ada amalkan surah surah harian :

Isnin : Surah Ad-Dukhan
Selasa : Surah Al-Hasyar
Rabu : Surah Al-Waqiah
Khamis : Surah Yasin
Jumaat : Surah Al-Kahfi
Sabtu : Surah Ad-Dukhan
Ahad : Surah Al-Mulk
Setiap Subuh : Surah As-Sajadah

Buat penghafaz Quran, awak jangan lupa murajaah tau, kalau akak selalu mengulang hari sabtu ngan ahad ( mengulang balik apa yg murajaah waktu weekdays ) lepas tu before tido tu baca al-Mulk.

2. Doa Ibu Bapa

Boleh cakap setiap kali  nak ada test je mesti whatsapp ibu ngan abah mintak doa. Boleh jadi doa kita tak dimakbulkan tapi doa ibu bapa untuk anaknya tu doa mustajab. Hormat ibu bapa, walaupun kalau remaja ni kita rasa memberontak ( selalu ) tapi at the end diorang yang ada waktu lowest point kita. Lagi lagi kalau sedih sebab tak score ke apa, kita malu nak cerita kat kawan, tapi parents sentiasa bagi semangat :")

3. Study

Okay jujur akak cakap, akak dulu selalu stay up sampai tak tido, study tu wajib dengar lagu walaupun kekadang tu tertanya berkat ke belajar camni sebab lepas baca doa belajar terus pakai earphone hmm.. Tengok result midsem akak rasa cam Ya Allah aku kena tukar cara aku belajar ni.
Jadi lepas tu, akak akan tido lepas pukul 9 hehe ( paling lewat ) and bangun pukul 2 pagi. Cara ni sebenarnya efektif gils. Kita boleh buat tahajjud sekali :)

Pastu kena pandai planning, jot down apa yg nak kena buat dulu baru terurus skit. Tutor semua kena siapkan, kalau nak test ke exam ke, alih alih soalan tutor pun ada jugak. Fokus betul betul apa lecturer ajar, tanya  lecturer atau kawan ke housemates ke kalau tak paham. Jangan biar tak paham nanti menyesal. Kalau dapat result bagus tu kita bernazar lah sikit puasa ke. Jaga hubungan dengan lecturers. Jangan ngumpat lecturers. Study group pun sangat membantu, kalau kita tolong kawan, Allah tolong kita balik :)

Ni doa belajar yg akak selalu amal from sekolah rendah lagi :

فَفَهَّمْنَٰهَا سُلَيْمَٰنَ ۚ وَكُلًّا ءَاتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَٱلطَّيْرَ ۚ وَكُنَّا فَٰعِلِينَ  ﴿٧٩﴾؅

79. Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. * Surah  al-Anbiya'

 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱصْبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ  ﴿٢٠٠﴾؅

200. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). * Surah Ali Imran

I'll catch you and your beautiful eyes in the next chapter(s) in sha allah xoxo


Comments

  1. All the best sis! May Allah ease the 5 years journey. Hewhew 😊😚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak cici ! May Allah bless you too 😘

      Delete
  2. Student dentistry tinggal di mna

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum and hi hehe i was just dropping by here em do pray for me too, currently taking dentistry in tamhidi. 😅

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

INTERVIEW DENTISTRY USIM 2017

BRACES

INTERVIEW PINJAMAN NEGERI SELANGOR 2018